Skip to main content

The power of make up

Assalamualaikum...

Dulu Ira memang tak suka make up tapi sekarang Ira suka. Cuma tak make up tebal lah. Make up natural je. Biasanya Ira guna krim collagen, bedak compact dan lip balm. Simple kan? Malas nak make up tebal2 guna foundation lah, concealer lah, krim untuk contour line lah. Eye shadow teranglah. Haihh perempuan kan. Naluri seorang perempuan nak jadi cantik nak buat macam mana. Dah Allah cipta kami ni macam ni.

Ada usha header Ira tak? Hehe malu tutup muka! Huk huk. Macam vampire tak? Tu Ira make up sendiri tau. Ira guna bedak compact untuk muka.Tapi tak pakai krim collagen yelah duduk rumah je kan malas nak pakai krim. Lagipun belum mandi lagi masa tu. Then Ira letak blusher kat pipi. Mata, kening, bibir semua Ira colour pakai eyeliner. Haa sape cakap Ira tak pandai make up? Pandai okay! Pandai pun belajar kat youtube hehehe.

Sebenarnya hari ni Ira tak berapa sihat. Biasalah bila tonsil menyerang. Jadi tak tentu arahlah jadinya. Tekak bengkak. Rasa macam tak selesa nak bercakap. Nak makan lagilah tak selera. Sebab tu Ira makan maggi je hari ni. Tak selera nak makan nasi. Kesian mak penat2 masak lauk kurma hmm. Bila dah sihat sikit mulalah mood nak conteng muka. Jadilah macam gini...


Seketul Nadhira.

Walaupun Ira tak pro sangat tapi Ira cuba jugak make up. Sampai adik2 Ira yang kecik dua orang tu panggil Ira hantu huhuhu. Nampak macam hantu sangat ke? Hmm. Ira nak tunjuk barang2 asas Ira tapi takpelah. Wayar USB entah kemana. Nak masukkan gambar pun susah. Gambar Ira tu pun Ira terpaksa upload dalam facebook and save kat dalam laptop untuk buat post ni lah. Punyalah semangat! Yelah nak sesuatu kena semangat...

Beginnerlah katakan... Ok tak Ira make up? Cer komen sikit.... 

Ira start nak make up bila ada sorang kawan Ira ni bagi semangat dan dorongan kat Ira suruh Ira jadi cantik dengan make up. Ira ingat lagi, "Kau cubalah make up tapi tak tebal macam aku..." 

Dia nasihat macam tu masa tu Ira broken yelah pakwe sibuk chat orang lain Ira frust menonggeng ahh. Dia pun bagilah nasihat sikit. Sampai sekarang walaupun Ira tak suka sangat cara dia dengan pakwe dia,  Ira tetap adore dia sebab dia cantik, pandai make up, pandai berhias, pandai masak and semuanyalah. Educated pulak tu. Boleh kan aku jadikan kau idola aku? 

Ira ni memang macam ni. Ira suka tengok cara and gaya orang lepas tu Ira akan improve diri Ira. Ira akan jadi sikit2 then lebih daripada tu walaupun beginner lagi. Start tulah Ira berjinak2 dengan make up. Banyak belajar tutorial make up dari youtube. Dari tak tahu apa benda foundation dengan concealer jadi tahu. Dulu pakai lipstik comot sememeh sekarang dah pandai sikit. Alhamdulillah sikit2 Ira try.

Yang paling Ira teruja bila Ira try lukis kening menjadi... Alhamdulillah berkat usaha belajar kat youtube... Lukis kening kanan jadi pastu kening kiri dah macam apa benda tahh haha. Last2 basuh then lukis balik jadilah vampire...

Untuk sesiapa yang cakap tak suka make uplah, tak suka bergayalah. Percayalah satu hari nanti korang mesti nak make up jugak walaupun simple. Pakai bedak and lipstik or lip balm. Naluri kita seorang perempuan kan. Tipulah tak jeles tengok perempuan lain cantik, pandai make up, pandai dressing semua kan. InsyaAllah Ira kan improve diri Ira. Siapa tahu satu hari nanti dah banyak duit nanti barulah nak jadi cantik. Selalunya memang macam tu. Takkan nak harapkan duit mak ayah je kan? 

Haa, dah kerja nanti, dah ada duit sendiri pergilah. Pergilah spa ke, buat facial ke... Beli make up banyak2 buat koleksi. Best sebenarnya ada koleksi barang make up sendiri. Ok lah Ira dah ngantuk sangat2 ni. Nanti lain kali Ira nak post pasal penggunaan foundation, concealer dan sengkatan dengannya. 



Image result for bye emoji gif



Rutin harian Ira :

  1. Pakai krim collagen.
  2. Pakai bedak compact / bedak tabur (Ira pakai bedak pixi sekarang)
  3. Lip balm
Kalau rajin sangat baru make up.

Image result for makeup






Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam