Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

RESULT SEMESTER 1

Assalamualaikum... Holla people! As my promise, I want to share my result of my last semester. Actually this is late post because I dont have time to do this. Actually Im not fluent to speak in english but I have to speak because my college is an english campus. So all and all I have to speak. Am I to over? So that's my result of semester 1. I know Im not too intelligent but I try to maintain my pointer as I can. I must maintan my pointer because I want get job. Yes, I want make my family proud of me. I want to be success. I know I can. InsyaAllah. Pray for me ya! Do you all know that actually I really want to take nursing course or pharmacy? But I can't because my spm result is not better than what you see my college result now. That's why I choose to take business studies course. Hope I can do better and suitable myself at this college. Sometime I feel bored because my college is to near with my house. But now I dont mind anymore because all was fate. Allah know

Aku cintakan dia tapi dia...?

Assalamualaikum... Sepetang. Sumpah saya rindu sangat kat awak sekarang ni. Nak sangat tengok muka awak. Nak chat macam dulu. Nak vc. Saya rindu nak bercerita dengan awak. Tapi semua tu dah hilang. Awak menyepikan diri kat Kedah. Awak tak sedar yang awak dah banyak berubah walaupun awak cakap awak nak tumpukan kerja tapi awak langsung tak tanya pasal saya. Kita dah macam orang asing awak. Kenapa perlu tanya orang lain sedangkan awak masih ada nombor telefon saya? Aku tahu dia ego. Ya dia ego. Perlu ke dia menyepikan diri? Takpe aku masih tunggu dia walau apa pun. Sebab tu aku banyak cari pasal benda ni. Lelaki tiba tiba diam. Bukan kejap. Tapi dah nak sebulan. Ye sebulan. Macam tak percaya kan? Dia boleh cakap kot yang dia perlukan masa tapi entahlah. Aku masih sabar dan serahkan segalanya pada Allah. Aku tak mampu nak buat apa apa. Aku hanya mampu doa dan ubah diri aku.  Kalau boleh tahun 2018 aku nak jadi yang lebih baik dari 2017. InsyaAllah lagi berapa hari je

Nadhira bangkit kembali !

Assalamualaikum... Lama dah tak tulis blog ni. Banyak habuk dah. Haih. Busy sangat sejak Ira sambung study ni. Sampai bukak laptop pun bersemut tadi. Potong line betul baru nak update apa yang patut kan, SEMUT dah berjemaah datang. Ira takut semut tu buat sarang je dalam external disk. Wuish meremang Ira bila terbaca kat Mr Google pasal laptop bersemut ni. Mintak dijauhkanlah. Haa sekarang ni kalau boleh Ira nak kembali berblog balik. Nak sembuh dari depression. InsyaAllah. Mana pembaca setia Ira? Hehe. Maaf sebab dah lama tak menulis. Tak luahkan perasaan. Yang paling sedih dah lama tak buat cerpen dengan novel. Padahal banyak je pengalaman Ira dah kumpul. Hmm. Ira kan suka pendam kan so Ira banyak luahkan perasaan melalui cerita Ira. Kalau korang baca cerita, korang akan tahu. Asal dengan tajuk tu? Dah nak tahun baru kan, so nak bangkitlah dari kisah silam. Ira dah tanam azam nak sembuh dari depression and kelam kabut semua tu. Ira bukan nak puaskan hati semua orang tapi nak p

Si Putih Whitey #Photo

Assalamualaikum Wbt... Ira dah janji nak post gambar dia kan? Haa amik ni... Dah besar dah macam kucing parsi hehe... Sekian :) Tengoklah dia... Suka duduk kat celah2 bawah meja tu... Badan gemuk! Hihi

Burger Delicious #BurgerDelivery

Assalamualaikum... Holla! Post kali ni Ira nak promote sikit pasal bisnes burger delivery family Ira. Sesiapa yang nak order pm cepat cepat ok? Tunggu ape lagi? Burger delivery kot. Order je burger tu akan dihantar depan rumah korang. Cod area kolej lagenda, mantin dan nilai negeri sembilan sahaja. Nampak tak gambar flyers kat atas tu? Sorry Ira baru design flyers tu tadi. Tak sempat nak print lagi. Kejap lagi gi print lah hehehe. Sape nak Ira bagi menu kat sini... Sebenarnya Ira design menu ni kat word and then copy paste kat publisher. Bila save as picture background dia tak nampak. Sesiapa yang nak order akan dicaj 0.50 sen area kolej lagenda, mantin rm1 dan nilai rm2. Ni delivery tau. Jangan pulak pm Ira tanya burger ni jual kat mana? Burger ni jual kat rumah Iralah. Ira buat bisnes penghantaran.  So, doa doakanlah bisnes kami berjaya ye :) Nanti dah makan burger sedap ni jangan lupa bagi feedback! Tq :)

Si Putih Whitey...

Assalamualaikum... Habis kelas je terus pergi library sebab nak update blog yang asyik terbiar je. So now Ira nak aktifkan balik blog ni. Nak naikkan traffic. Nak jugak merasa duit nuffnang. Huhu. Sape si putih whitey tu? Haa, kucing family Ira. Kesian dia hari hari duk dalam sangkar. Kadang kadang je dia keluar. Tu pun sebab nak bagi dia makan. Kalau tak nanti dapat je keluar suka sangat turun bawah. Rumah Ira apartment... Si putih whitey ni kuat makan tau. Kuat makan, kuat berak. Biasalah kucing. Nak buat ape lagi selain makan tido makan tido pastu berak hehehe. Kenapa nama dia putih whitey? Sebab bulu dia semua warna putih. Ekor dia je ada sikit belang belang hitam. Sikit je sampai kita orang ingat ekor dia tu terkena minyak. Haa yang whitey tu dalam bahasa melayu dia putih lah. Family Ira ramai yang panggil dia whitey. Kadang putih. Tak tentu. Nak tengok gambar dia? Nanti Ira upload ye. Gelagat gelagat si putih whitey ni. Ira bersyukur sangat kat Allah sebab Allah hadirkan si

Linton University College

Assalamualaikum...  Sekarang ni blog Ira betul2 dah berhabuk sebab busy sangat. Nak kata busy, takdelah busy mana cuma sibuk dengan kelas kat kolej jelah. Ingat hari ni nak research nota untuk presentation. So, disebabkan tak belajar satu apa lagi Ira malas. Yelah, kalau dah belajar sikit tahulah at least sikit. Hmm, dah lupakan. Nak fokus tulis entry kat blog.  Kalau korang pernah bukak kat tab bahagian  UNIVERSITY  ni korang tahulah u mana yang Ira pernah pergi and buat student visit. Now Ira nak kongsikan dengan korang tentang u Ira sendiri. Tempat di mana Ira belajar sekarang.  LINTON UNIVERSITY COLLEGE Pernah dengar kolej ni? Sure Ira tahu ada yang pernah, ada yang tahu gitu2 je dan ada yang tak pernah dengar langsung pasal kolej ni. Ni kolej swasta yang telah diiktiraf oleh MQA sendiri. Ira admit kolej ni tak famous sebab dia terletak kat kawasan yang sangat terpencil. Sebab tu orang tak tahu. Linton University College atau Kolej Universiti Linton ni terletak

Start A New Life

Assalamualaikum.... NEW LIFE Kalau nak pandai english kata orang try luahkan perasaan dengan "speaking" dalam apa-apa contohnya blog ke, note pad ke atau buku nota. Whatever lah. Asalkan dapat speaking.  Too long Im not spend my time on my laptop and especially my lovely blog. At the blog, I can share my experience, my feeling, my happy moment and etc. A long time ago I always talk in this blog and stop talking for a while because busy enjoying life. Nope. Its not enjoying life but now Im busy study and alhamdulillah my health getting better after one week I get sickness and touncil. What is touncil? Its look like sore troat and it was swollen. My throat is so swollen and I can't eat and talk that time. Maybe Allah want show me something. What that's call wisdom.  Im feel blessful because Allah give me a good health now. I think I should start a new life because that's enough I get worse sick and I have delete my half sin. I know my sin too much and

Friend Zone

Assalamualaikum... Dah lama betul budak kecik ni tak membebel dalam blog ni. Sekali membebel 100 muka surat pun tak cukup. Haa, sekarang ni Ira cuma nak cakap pasal FRIEND ZONE. FRIEND ZONE APAKAH? Ni lah dia FRIEND ZONE. Bagi Ira tak susah pun nak masuk zon kawan ni. Kalau tak talam dua muka, Ira kawan jelah dengan semua orang. Kawan dengan semua orang tak bermaksud nak bercinta terutamanya kalau kawan dengan ramai kawan lelaki. Just kawan je. Tak lebih. Macam Ira sekarang, walaupun bergaul tak kira lelaki ke perempuan, semua Ira kawan. Ira cuba jadi pendengar yang baik, caring kat dia orang. Tapi Ira dah pesan kat diri Ira, Ira takkan rapat sangat dengan seseorang tu. Mungkin akan memudaratkan diri korang. Ira cakap ni betul. Ira malas nak rapat dengan orang sangat. Kawan gitu2 je bolehlah. Sebab tulah Ira masuk ke alam FRIEND ZONE ni. Takde perasaan kat lelaki, cuma perasaan sebagai kawan je. And then... Cuba memahami apa yang dia orang rasa... Ambik berat... Apa lagi?

Hanya Manusia Biasa

Assalamualaikum... Prestasi kerja aku menurun? Kenapa? Aku sendiri tak tahu kenapa dengan aku sampai duit short RM 100 lah. Tak pasal2 gaji aku nanti kena potong RM 100. Hmm, takpe aku redha je. Biarlah orang nak buat macam mana pun kat aku asalkan aku tak kacau hidup dia orang. Dah memang salah aku, nak buat macam mana. Aku hanya mampu diam pastu nangis. Biasalah dia orang rasa dia orang berpangkat. Orang berada kan. Senang lah nak buat kita macam2. Takpe, hari ni hari dia. Esok lusa hari kita pulak. Hanya manusia biasa. Manusia biasa yang mampu melawan dengan kata2 tapi tak mampu nak buat apa2. Air mata mencurah2. Sampai bengkak mata dibuatnya. Aku tak boleh share benda ni dengan sesiapa. Hanya Allah je tau segala galanya. Aku hanya berserah, Andai kata aku jadi gila pun aku tak kisah sebab sekarang ni yang aku tau aku berserah kat Allah sepenuhnya. Kat depan2 aku memang tak puas hati tapi hakikatnya hati aku ni dah penat sebenarnya, Penat sangat2. Betul lah kata orang. Tak

Hotel Harraz

Assalamualaikum... Dah lama gila tak membebel dalam blog ni. Bukak je dah berhabuk2 dah. Takpe, tunggu dapat lappy baru nanti siaplah. Macam2 Ira nak edit kat blog ni. Nak berblogwalking balik enn. Yalah dah lama sangat kut. Tahun lepas spm. Tahun ni awal2 dah sibuk kerja. Hmm, cakap pasal kerja... Tengok topik utama yang Ira nak share pagi2 buta ni. Nak share pasal tempat kerja Ira. Hotel Harraz. Sebenarnya lebih kepada promote biar ramai sikit customer hehehe. Receptionist dah macam pramugari. Biasalah Kak Amoyy dressing macam model antarabangsa! Harga family room yang ditawarkan berpatutan kot. Jimat kan? Antara staf yang terlebih sporting... Macam biasa Ira yang paling muda sekali huhuhu. So Ira harap kalau ada masa yang terluang, free2 tu datanglah singgah sini. Lagipun kat nilai ni dekat nak pergi airport. Sesiapa yang selalu out station tu haa meh lah check in. Kalau nak check in yang ikut jam pun ada. Contohnya kalau na

Ceritera Seorang Gadis

Assalamualaikum... Pernah dengar tak cerita seorang gadis naif yang bertukar jadi gadis liar? Mesti pernah. Seorang gadis yang terpaksa jadi liar kerana keadaan yang memaksa. Keadaan apa? Sebab nafsu? Ye keadaan itu nafsu. Nafsu yang mengawal gadis itu sebab tu jadi liar sementara. Memang susah nak percaya tapi kenyataan. Real. Anisa yang dulu seorang gadis yang naif, baik, malu dengan lelaki dan kini dia liar. Liar untuk sementara waktu. Dia sengaja memberi alasan "ingin mencuba" untuk menambahkan idea novelnya. Anisa juga terpaksa pilih jalan hitam untuk dia rasa dan cuba perkara baru tapi dia sudah menetapkan pendiriannya walau apa pun jadi dia takkan merokok, sentuh shisha, dadah, ekstasi, arak dan sebagainya. Dia cuma mahu rasa bagaimana bergaul dengan lelaki. Malah dia juga sudah tidur bersama teman lelakinya. Memang tak percaya kan, tapi nak buat macam mana bak kata Farah, kau yang pilih jalan tu, so kau kena tanggung sendirilah. Kau tak tau dugaan yang dia

Pergi .

Assalamualaikum.... Al fatihah untuk arwah atuk Ira yang baru meninggal dunia pada 10 Januari 2017. Ira macam tak percaya yang arwah akan pergi meninggalkan kami. Tapi nak buat macam mana. Dah takdir. Ajal maut tu semua ketentuan Allah swt. Ira tak boleh terima yang arwah atuk meninggal dalam keadaan kemalangan macam tu. Langgar lari pulak tu. Allahu. Ira harap roh arwah atuk tenang kat sana. Semoga arwah atuk dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Insya-Allah aamiin. Yang pergi tetap akan pergi dan takkan kembali lagi. Kita yang hidup ni perlu teruskan hidup. Sentiasa kuatkan diri dan berusaha mendapatkan keredaan Allah swt. Azam Ira tahun ni nak jaga hubungan dengan Allah. Ira nak elakkan diri Ira dari terjebak dengan pergaulan bebas yang melampau dan gejala2 sosial yang tidak diingini. Hope dapatlah berubah.

Cari pengalaman

Assalamualaikum... Holla. Burung hantu ke? Eh taklah. Ira kerja malamlah. Hari ni last. Nanti esok dah cuti pastu khamis housekeeping balik. Sebut pasal housekeeping sebenarnya Ira nak siapkan novel Terlerai Janji Kita. Dalam novel tu Aarfa kerja as housekeeping. Insya-Allah kalau dah beli laptop baru nanti Ira ubah balik dari mula. Penatnya!!! Huhuhu. Kalau boleh Ira nak cari pengalaman dulu baru buat novel. Nak kumpul pengalaman banyak2! Nanti bila dah cukup, Ira sambung buat novel. Tak pun masa sambung belajar nanti Ira nak buat. Yelah kalau dah masuk u nanti kan, bukan hari2 ada kelas. So bolehlah buat. Ira harap sangat Ira dapat result yang membanggakan. Bolehlah Ira mohon upu. Hope impian Ira selama ni nak ke menara gading tercapai. Insya-Allah aamiin.

Cerpen : Cinta Bunga Mawar Merah

Aku sering menerima sejambak bunga mawar merah yang entah dari siapa pengirimnya aku pun tidak tahu. Menurut Lina yang merupakan jururawat di sini, penghantar bunga itu menyuruhnya tanda tangan saja lalu dia terus pergi. Kadang-kadang kalau aku tak ada dalam bilik, Lina hanya meletakkan saja di atas mejaku. Sudah dua tahun aku berkhidmat di sini sebagai doktor yang merawat pelbagai jenis penyakit. Aku ingat lagi pesan arwah ayah kalau nak berjaya kenalah banyak berusaha. Sebenarnya aku tak berapa minat untuk menjadi seorang doktor tapi demi arwah ayah aku terpaksa tunaikan juga. Bunga-bunga yang kuterima diletakkan di dalam bilik khas. Banyak juga bunga yang aku dapat. Aku kira semuanya ada dua puluh lebih sampai ibu aku bising kenapalah ada banyak bunga kat rumah ni. Aku sengaja menyuruh ibu tinggal bersamaku di Kuala Lumpur kerana aku tak mahu kehilangan ibu. Pada mulanya ibu menolak kerana tidak mahu meninggalkan kampung halaman. Pagi itu aku menerima sejambak bunga mawar mera

Cerpen : Impian Si Gadis Nakal

Suasana di kelas pagi tu sungguh tenang sekali. Ditemani bunyi kicauan burung. Biasalah sekolah di kampung memang sentiasa tenang. Tiada bangunan sana sini, asap debu dan sebagainya. Tetapi tidak bagi Naddy. Sejak awal lagi dia pindah ke kampung Sungai Merah, dia tidak suka. Menurutnya, dia benci jadi budak kampung. Sudah tiga bulan dia berada di dalam kelas 5 Akaun 1. Pelajar di dalam kelas itu amat tidak menyenangi kehadiran Naddy kerana gadis itu sering melenting apabila ditegur. Sudahlah suka membuli. Sedang dia mahu membuka fail peribadinya, Hidayah pantas merampasnya. “Kau kenapa nak rampas fail aku?” Getus Naddy. Pandangannya sinis sekali memandang ketua tingkatan di kelas itu. Naddy hairan dengan perangai Hidayah, naif sungguh. Walaupun dia sudah beberapa kali mahu menyakitkan hati Hidayah, Hidayah tetap mahu berbaik dengannya. Perempuan tak betul, desisnya. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun milik Naddy ditilik oleh Hidayah. Hidayah sungguh tidak menyangka ba

Cerpen : Rindu Di Jiwaku

Enjoy it :)  Sampul surat yang terletak di atas meja itu langsung tidak dibuka. Menurut ibu, sampul surat itu ada seseorang yang memberikannya semasa aku di luar negara. Ibu tidak mahu membukanya kerana mahu menunggu aku balik. Hatiku terdetik ingin membuka sampul surat tersebut namun ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali menghubungiku. Siapa ni? “Hello?” sapaku dalam talian. Tiada suara yang menyahut. Aku pantas mematikan talian. Dah dua tiga kali cakap hello tak ada yang menyahut baik aku matikan, omelku sendirian. Aku terpandangkan bingkai gambar di atas meja. Gambarku bersama teman lelaki aku dulu. Serta-merta aku teringat kenangan-kenangan yang pernah kami cipta dulu. Tapi malangnya aku terpaksa melanjutkan pelajaranku di Hong Kong. Dah dapat biasiswa belajar kat sana, pergi jelah. Takkan nak tolak. Dulu semasa kami bercinta, aku jarang bertemu dengannya. Paling tak pun, empat bulan sekali atau tak bertemu langsung. Hanya berbalas whatsapp saja. Kadang-kad