Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

"Biarlah gambar berbicara..."

Assalamualaikum...

My Crazy Tutor #6

"Remember when..." Bab 6 S eperti yang telah dijanjikan, Fayyad membawa Anis ke tempat pertama dia bertemu dengan Syaza iaitu di pantai Morib. Di situ, Fayyad menceritakan segala-galanya tentang hubungannya dengan Syaza kepada Anis. Dalam diam Anis cemburu dengan perwatakan Syaza. Perwatakan gadis itu sungguh berbeza dengannya. “Saya dah faham sekarang. Awak masih cintakan dia kan? Sebab tulah awak tak boleh nak lupakan dia sampai sekarang. Maaflah kalau saya cemburu dengan awak berdua.” Ujar Anis sambil bermain dengan pasir. “Tak apa.” “Tapi kan awak, baik awak lupakan je dia. Anggaplah Syaza tu sebagai kisah silam awak sebab kalau awak mengharap kat dia pun tak guna sebab dia dah pergi buat selama-lamanya. Awak kena selalu doakan roh dia tenang kat sana.” Kata Anis lalu mengusap bahu Fayyad. Air mata Fayyad mengalir. Anis cuba mengelap air mata itu dengan ibu jarinya. “Awak tak boleh macam ni Fayyad. Awak kena kuat. Saya tahu arwah mesti bahagia tengok awak

My Crazy Tutor #5

Bab 5 Cuti sekolah bermula... P agi Sabtu yang sungguh indah. Anis sengaja tidak tidur selepas solat Subuh kerana hatinya sudah tidak sabar lagi mahu keluar dengan Fayyad. Mana tahu kali ni keluar dengan tutornya lagi seronok dari keluar dengan kekasih cinta monyetnya sebelum ni. Membosankan! Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Seperti biasa kalau mahu keluar berjalan, Anis akan bersiap lebih awal. Dia hanya mengenakan t-shirt lengan panjang dan seluar jeans. Rambutnya dibiar lepas. Anis capai beg sandangnya kemudian dia melangkah ke dapur untuk menikmati sarapan yang disediakan oleh ibunya. “Nak keluar dengan siapa?” Tegur Puan Aisyah sambil menyapukan nutella di atas roti untuk anak perempuannya. “Dengan Cikgu Fayyadlah. Cuti sekolah dua minggu, minggu lagi satu dia nak bawak kita pergi bercuti kat Genting Highland. Tu yang Anis tak sabar nak tunggu minggu lagi satu tu.” Ujar Anis. “Kau biar betul, Anis?” Soal Puan Aisyah. Kali ni hatinya pula yang tidak

My Crazy Tutor #4

Bab 4   “A nis!!! ” Laung Syasya dari jauh. Anis yang sedang membeli makanan di kantin itu terbantut mahu beli makanan. Si Syasya ni kalau panggil dari jauh ni tak lain tak bukan mesti ada gosip terbaru. “Apa?” Jawab Anis malas. Syasya menarik tangan Anis. Kemudian mereka pergi ke padang. “Kau ni dah kenapa?” Soal Anis lalu dia menjamah keropok lekor yang dibelinya. “Impian kau akan jadi kenyataan wei! Aku nampak prince charming kau tu datang semalam. Handsome gila... Muka macam pelakon korea. Untung kau Anis dapat dia. Siapa nama dia?” Getus Syasya beria-ria mahu tahu pasal lelaki yang menjemput Anis semalam. “Si Fayyad gila tu? Dia bukan prince charming aku tapi tutor aku. Err dia tu baik jugak orangnya.” “Gila-gila pun handsome! Dia tutor kau? Wah, untunglah kau hari-hari dapat tengok muka dia. Tutor lama-lama jadi kekasih. So sweet!” Anis senyum. Betul ke? Kalau ada jodoh yalah! Tapi takkan dia nak bagitahu Syasya yang dia dah jadi kekasih kontrak Fayyad selama

My Crazy Tutor #3

Bab 3 K ali ni Anis betul-betul buat kereta Honda milik Fayyad calar. Apa aku nak buat ni? Kalau dia perasan kereta dia calar ni, habis aku nanti! “Kenapa muka kau nampak takut sangat ni?” Sapa Syasya. “Tadi aku main basikal Ain lepas tu aku terlanggar kereta Honda tu. Aku tengok ada kesan calar sikit. Aku takutlah pemilik dia marah.” Ujar Anis sambil menunjukkan kesan calar di kereta itu. “Biarkan jelah. Kau kenal ke dengan pemilik kereta Honda tu?” Anis diam. Fikirannya bercelaru. “Ke...” Belum sempat dia meneruskan kata-katanya Fayyad muncul. Dia melihat kesan calar di keretanya. Teruk betul ni, getus Fayyad. Dia pantas menarik tangan Anis lalu masuk ke dalam kereta Hondanya. Syasya terganga apabila melihat Anis pergi dengan lelaki kacak itu. “Impian kau akan jadi kenyataan, Anis. Prince Charming kau betul-betul wujud!” Desisnya. Sampai di restoran mewah, Fayyad masih memegang tangan Anis. Dia membawa gadis itu ke bahagian belakang sekali. “Kenap

My Crazy Tutor #2

Bab 2 M ata Fayyad sedari tadi menatap skrin komputer ribanya. Sudah seminggu dia mengiklankan jawatan sebagai private tutor di blognya. Tapi sampai sekarang tiada respon. Dia terpandangkan komen di bawah post itu. Dia terkejut melihat pertanyaan dari wanita yang umurnya lebih kurang 40-an itu.  Encik boleh mengajar dengan baik ke? Insya-Allah boleh. Kenapa puan tanya ni? Saja sebab anak perempuan saya nak SPM tahun ni. Dia tu susah sikit nak diajar... Tak apa puan. Saya dah biasa mengajar pelajar yang nak ambil SPM. Baguslah kalau macam tu. Kemudian wanita itu menghantar alamat rumahnya melalui e-mel. Fayyad terpaksa berbohong kerana kini susah mahu cari kerja! Lagi-lagi papanya tidak suka melihat dia menganggur di rumah. Fayyad yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam perniagaan itu mungkin dapat mengajar dengan baik. Insya-Allah aku boleh, desisnya. **** Seperti biasa Anis pulang ke rumahnya dengan wajah kusut. Dia tidak mahu memberitahu ibunya tentang k

My Crazy Tutor #1

"100 days with Mr. Arrogant..." Bab 1 A nis Kirana, seorang gadis yang comot dan suka berangan. Kononnya ada prince charming yang akan menyelamatkannya satu hari nanti. Disebabkan angan-angannya yang entah apa-apa itu, pelajarannya semakin merosot. Ibunya, Puan Aisyah sibuk mencarik private tutor khas untuk anak perempuannya itu. Sejak kehadiran tutor kacak yang bernama Fayyad, hidupnya tidak tentu arah. Mana taknya, siang malam disuruhnya bukak buku! Dalam diam Anis menyimpan perasaan terhadap tutornya itu. Muka sebiji macam hero filem korea! Setiap hari dia cair melihat gelagat lelaki itu mengajar. **** “Sampai bila kau nak berangan Anis Kirana? Ibu risau tengok pelajaran kau semua merosot... Matematik tambahan dua markah je? Kau ni buat tak pakai otak ke hah?!” Omel Puan Aisyah. Anis yang sedang leka menonton filem korea kegemarannya langsung tidak mendengar omelan ibunya. Ipad di tangannya tidak lepas sedari tadi. Muka Puan Aisyah merona merah. Anak pere

Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma By Cik Tulip

Assalamualaikum guys! Klik banner untuk join :) First of all, thanks  Ima Hamdan  sebab sudi tag Ira. Rasanya Ira dah lama tak join Giveaway ni. Blog pun dah lama tak bukak. Hachum! Berhabuk... Ahaks :D Ira tak nak komen panjang panjang. Ira cuma nak cakap semoga Cik Tulip terus berblogging dan buat giveaway ya :) Hehe jom join ramai ramai giveaway ni! Random tagged : Nur Aisyah Amelia Lieza Tamat : 30 November 2015

Lagu pun boleh hilangkan stres .

Assalamualaikum guys... "Earphone on, volume up ignore the world." That's true. Kadang kadang kalau Ira ada banyak sangat masalah, kepala tengah serabut Ira selalunya akan bukak volume kuat kuat kat earphone. Kepala tengah serabut elok menghayati apa yang lagu tu nak sampaikan kat kita. That's why Ira suka sangat tengok rancangan Gegar Vaganza tu... Tak tau apa tu Gegar Vaganza? Alah yang tengah famous kat astro ria tu :P Kadang bila kita dengar lagu tu macam ada kena mengena dengan kisah silam kita right? Tapi Ira tak. Ira kalau dah dengar lagu. Ira langsung tak peduli orang yang kat sekeliling Ira. Tak percaya? Cubalah duduk serumah dengan Ira :P Hohoho kbye... Selamat malam bloggers...  Good night and sweet dream guys!

Dah penat nak jaga hati orang .

Assalamualaikum... Aku dah cakap, sekuat mana pun hati aku ni, sabar aku pun ada hadnya jugak. Tak semestinya korang tengok aku ni diam maknanya aku tak tahu semua benda. Aku tahu. Aku tahu pasal tu. Aku dengar apa yang korang cakap pasal aku. Cakap aku ni lurus bendul lah, blur lah. Korang fikir aku ni takde perasaan ke? Haih penatlah. Aku diam sebenarnya aku nak jaga hati korang.  Kalau aku ni jahat, aku biar je hati kau tu. Semua hati orang aku nak jaga. Habis hati aku ni siapa yang nak jaga? Aku sedih, aku sakit hati, aku terluka... Aku yang tanggung sorang sorang. Korang bukan tau apa apa pun. Yang kau tau nak judge sana sini. Tak habis habis nak mengata aku. Mentang mentanglah aku ni tak ada rupa. Tak ada rupa pun sekurang kurangnya aku besyukur dengan apa yang Allah swt bagi kat aku. Serius aku dah penat sekarang ni. Dah tak larat sangat nak jaga hati orang. Kan bagus kalau dunia khayalan tu wujud dah lama dah aku lari pergi sana. Orang macam aku ni layak duduk ka