Skip to main content

Hanya bayang-bayang

Assalamualaikum guys...


Dapat teka tak kenapa Ira tiba tiba letak tajuk tu? Hmm setiap kali ingat perkataan bayang bayang tu mesti mood Ira down gila. Ira pun tak tau kenapa Ira selalu rasa macam ni. Ira dapat rasakan yang Ira ni cuma bayang bayang je dalam hidup orang lain. Ira mungkin terlupa yang Ira masih ada Allah swt dengan keluarga Ira yang selalu sokong Ira tapi yang lain... Yang lain maksudnya?

Pandai pandai sendiri fikirlah eh hehe. Yang lain maksudnya kawan kawan atau yang seangkatan dengannyalah. Ira pelik kenapa sekarang ramai kawan kawan Ira anggap Ira ni bayang bayang je dalam hidup dia orang. Ada yang short term. Ada yang lupa terus. Sebab apa Ira selalu fikir diri Ira ni bayang bayang dalam hidup dia orang? Sebab Ira perasan kadang kadang Ira berdiri kat depan dia orang pun dia orang tak perasan. Seolah olah aku ni tak wujud langsung.

Dia yang kenal dulu Ira pun dia tak ingat birthday Ira. Ke pura pura tak ingat? Hmmm entahlah malas  nak ambik port lagi pasal dia. Jangan tanya kenapa lepas ni aku selalu jauhkan diri aku daripada korang. Lagipun korang bukan peduli pun pasal aku. Nak buat apa ke, nak mati ke... Ada orang kisah? Takde en. So go to heaven. Ira harap satu hari nanti bayang bayang Ira ni akan pergi dari hidup korang semua. Insya-allah one day I will go far from this place. I'm not important in your life right...

Kalau korang nak tahu sampai birthday Ira hari tu, Ira pergi sekolah tau, sorang pun tak wish birthday Ira. Ira cakap baru ada yang wish. Padahal Ira dah bagitau awal awal dah kat kawan rapat Ira. Rapat ke? Hahaha lawaklah dengar perkataan tu. Aku pun tak tau siapa kawan baik aku sekarang. Aku ada kawan baik ke? Emmm agak agak? Cer komen bawah post ni siapa kawan baik Ira yang betul betul baik?

Yang betul betul ikhlas kawan dengan Ira? Ira teringin sangat nak ada kawan yang sanggup ikut Ira pergi mana mana. Sanggup dengar semua masalah Ira. Yang ingat tentang Ira. Yang ingat birthday Ira. Ira nak sangat semua tu. Ira nak sangat bila Ira susah ada kawan yang tolong Ira. Tolong jadi pendengar yang baik. Ni bila Ira susah, semua lari. Semua tinggalkan Ira macam tu jek. Sedih doh. Sumpah aku cakap. Aku sedih. Aku mana ada kawan macam tu...

Bila aku senang, semua nak dekat. Lepas tu bila aku susah bagai nak gila, semua lari. Fine. Aku dah penat bersabar. Cukuplah selama ni aku sabar dengan drama kat dunia ni. Sebenarnya kan... Aku teringin sangat nak ada kawan yang bagi hadiah kat aku time birthday. Yang buat kejutan untuk aku secara senyap. Tapi hakikatnya, hampehh!!! Satu hadiah pun aku tak dapat dari KAWAN BAIK aku sendiri.

Kalau takde hadiah sekurang kurangnya wish lah... Happy aku dengar bila ada orang wish. Ni satu wish pun takde! HAHAHAHAHAHA! Sebab tu aku selalu cakap dengan diri aku, tak payahlah kau selalu bagi muka sangat nanti akhirnya orang pijak jugak kepala kau. Susah payah wish and buat kejutan untuk orang lain, kau sendiri tak dapat apa apa. Sia sia je kau buat semua tu kat orang lain tapi kau? Kau merana... Mungkin semua ni ada hikmahnya. Mengalah sebelum masanya... Biarlah aku mengalah dari selalu dipijak oleh pelakon pelakon hebat kat dunia ni! Tahniah wei! Tahniah! Big clap to you :)

"People will come to me and talk about their life when I free but... When I got some problem people will go anytime and never talk to me. They like bitch because find me when they have no friend. I'm only shadow..."

Kesian betul kau nad :) 
Luahan hati nadhira...
Babai sekian.


Comments

KhoirunAnnisyak said…
saya baik ! *sambil angkat tangan* HAHA
by the way , happy belated birthday awak . jangan sedih sedih okay :)
may Allah bless you always
NADDY said…
@KhoirunAnnisyak Haha cehh ! Birthday kita dah lepas pun btw thanks awak :) Insya-allah tak sedih lagi :D
NADDY said…
@KhoirunAnnisyak Haha cehh ! Birthday kita dah lepas pun btw thanks awak :) Insya-allah tak sedih lagi :D

Popular posts from this blog

Pengalaman bekerja di Mydin *Baca ni wajib !!!

Assalamualaikum hai korang! Selamat petang semua...  Sihat ke semua? Sekarang ni musim sejuk kan means semua tempat pun hujan and sejuk je. Ira setakat ni sihat alhamdulillah. Cuba rasa burnout sikit haritu. Badan penat maybe. Cian dia hehe Okay back to the topic, Memandangkan ramai yang tanya kerja dekat mydin ni macam mana. Nak hantar resume macam mana, dokumen apa diperlukan, cuti bila and so on. So yah, Ira akan explain dekat sini.  WAJIB BACA! Ira memang bermula dengan intern tau. Ira intern sebagai hr dekat branch SJH means Subang Jaya Hypermarket. Intern sepatutnya 3 bulan tapi disebabkan ada masalah sikit then jadi la 5 bulan. So tak nak panjang2 pasal intern sebab Ira dah cerita haritu and now nak cerita pengalaman kerja betul betul pulak. Kerja dekat mydin subang jaya ni bukan first kerja tau. Actually memang first kerja laa sebab kat mydin jugak la Ira ada pengalaman probation period kena perfomance appraisal bagai. Sebelum ni ada je Ira kerja dekat tempat lain. Banyak penga

Cerpen : LEPASKAN AKU

K ENANGAN… Ya, kenangan itu memang susah untuk dilupakan kerana kenangan itu sentiasa ada di setiap perjalanan hidup kita. Begitulah dengan kisah hidup Naura Delisha yang sentiasa dihimpit dengan kenangan yang penuh dengan drama manusia. Bak kenangan pahit, manis bagai berada di awang-awangan semuanya sudah Naura lalui. Lima tahun dia menanti seseorang yang tak pernah nampak usahanya untuk mendapatkan kasih sayang mereka kembali. Lima tahun juga dia sanggup menolak mana-mana cinta demi permata di dalam hatinya. Naura cukup menjaga hati dan juga dirinya selama lima tahun ini sehingga dia berjaya menggulung segulung ijazah di University Oxford, United Kingdom. Setahun sekali dia pulang ke Malaysia untuk melawat keluarganya dan berhasrat untuk bertemu Iskandar. Tetapi, lelaki itu sering memberikan alasan untuk mereka bertemu. Disebabkan itulah Naura nekad untuk berubah dan juga mengubah dirinya sehingga menjadi cantik dia tidak menyangka sifat lemah lembutnya juga turut berubah. Dia

Betul ke Collagen Plus Vit E tu bahaya ?

Assalamualaikum guys... Ekceli Ira dah banyak buat research pasal produk collagen plus vit e ni. Ramai kata bahaya tapi Ira still tak percaya. Nak percaya tapi susahlah sebab Ira masih pakai produk ni kan. Krim siang dia Ira dah jarang pakai tapi kulit Ira okay jek. Takut jugak bila kata bahaya kan. Katanya ada banyak merkuri. So sekarang Ira selalu pakai sabun dia jelah. Niat nak tukar pakai Dnars. Tengok Dnars mahal sangat tak jadi nak beli. Dah cakap dah dengan mak yang Ira nak beli produk Dnars tu. Mak Ira cakap habis kan je dulu krim dia tu. Krim malam dah habis dah. Dah lama sangat lah Ira tak pakai krim malam tu. Nak tunjuk Ira tak sempat nak ambik gambar. Hehe.  Seriusly mula2 Ira pakai produk ni kulit Ira tak menggelupas pun cuma rasa pedih sikit je pastu macam keluar panau sikit. Then lepas sebulan baru kulit Ira okay. Ira pakai produk ni dah nak masuk 3 bulan dah. Ira rimas jugak bila ramai kawan2, cikgu2 Ira cakap kulit Ira dah putih. Putih lah sangat ~ Dalam