Skip to main content

Posts

Windstruck versi Naddy

Assalamualaikum... Pernah tengok filem korea tak? Tajuk dia Windstruck. Aku tengok filem ni secara tak sengaja sebab takde patient kat klinik. Tu yang cari filem korea yang best best then jumpalah filem Windstruck ni. Sebenarnya banyak lagi filem korea yang aku tengok. Bak kata orang kalau stres atau nak lupakan something kita kena buat benda yang kita tak pernah buat... Dulu aku memang tak minat nak tengok filem or drama korea pun. Tapi dah sekali tengok, best pulak x) Windstruck versi Naddy ni sebenarnya aku nak sampaikan satu luahan hati aku yang entah apa apa ni. Biasalah aku kan suka berangan. Tu yang muncul luahan yang pelik pelik... Yeah... Yeah... Yeah.... (Ni sedutan lagu filem Windstruck) Aku suka bila angin datang kat aku. Rasa tenang semacam aje dan aku pun mula mendepakan tangan untuk menikmati angin yang sudah menyelubungi tubuhku. (Ni ayat aku secara rasmi tau tak hehe) Fikirannya kosong dan tenang pada masa itu. Sangat tenang dan waktu inilah aku terfikir... ...

Misi Naddy Elysa...

Assalamualaikum... Chamomile, sibuk tiru ayat Tengku Mia hihihi... Misi aku sekarang ialah belajar bersungguh sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm. Boleh ke aku dapat straight 9A's? Insya-allah aku boleh dengan izin Allah swt. Aku takut jugak sebab aku dah berjanji tadi kan. Sebab tu aku rasa serba salah nak buat aku janji tadi. Takut janji tak ditepati. Tak apa Nad, kau kena yakin yang kau boleh buat. Demi masa depan aku yang cerah, aku akan buat. Fokus apa yang cikgu ajar, rajin buat ulangkaji kat rumah. Jangan lupa perintah Allah swt.                           SPM ! I'M COMING... HOPE WILL GET FLYING COLOURS :)

Tentang aku yang sukar ditafsirkan .

Assalamualaikum gais! Dah lama aku tak bukak blog ni. Bukak pun sekejap sekejap aje. Mesti korang rindu nak baca cerita Naddy Elysa kan? Haha kalau korang rindu, aku pun rindu korang. Kali ni aku nak cerita serba sedikit tentang diri aku yang sukar ditafsirkan. Ayat ajet ajet power je en... Sebenarnya aku tergerak hati nak post kat blog ni sebab teringat novel siapa lebih glamor tu. Tengku Mia rajin update blog dia. Mesti korang nak tau persis aku ni macam mana kan? Cantik ke tak, hidung mancung, pesek atau kembang ke... Badan cantik bagai lah. Biar aku cerita semua pasal diri aku yang cantik ni. Cantik ke? Kalau korang nak muntah hijau kat sini, silakan... Tak pun tekan pangkah kat belah kanan korang tu. Ekceli aku ni tahap biasa biasa je. Tak cantik mana pun. Kulit aku hitam manis macam pelakon Nabila Huda tu. Bagi aku, dia lawa apa. Badan aku ramping. Bolehlah nak kata ramping tapi belum tahap badan Che Ta lagi hehehe. Hidung aku, aku tak tau nak cakap macam mana. Kecik je hid...

Sekian Lama Menyepi

Assalamualaikum... Lama tak dengar khabar aku kan? Blog dah lama tak update sampai berhabuk sepuluh inci. Haha. Aku kat sini sihat alhamdulillah cuma sekarang aku nak tahu perkembangan penyakit talasemia aku ni macam mana. Takde berita sampai sekarang. Klinik tu senyap je. Lepas tu sekarang aku ada dermatitis pulak. Haih macam macam... Btw, aku mintak maaf sebab tak ucap selamat tahun baru kat korang. Hehe. Selamat tahu baru gais. Dah tahun 2016 dah. Kejap je kan. Tahun ni umur aku 17 tahun so dugaan yang paling besar yang aku kena tempuhi ialah SPM! Macam tak percaya yang aku akan hadapi SPM tu. Masa kecik kecik dulu tak sabar nak jadi besar. Sekarang ni dah besar nak jadi kecik balik. Huhu. Tapi aku memang nekad lah nak berubah. Nak belajar rajin rajin. Harap dapat capai target. Yang paling penting sekarang aku dah tak ambik add math... Hihi... Sebab aku tau, kalau aku ambik add math aku memang tak boleh bawak punya. Dahlah aku ni lemah math. Sekarang aku cuma nak cari jalan na...

Kecewa .

Assalamualaikum... Kecewa? Yes aku kecewa sangat dengan perangai manusia ni. Aku ada ke takde sama je. Macam aku ni tak wujud je bagi dia orang... Sebenarnya aku cuma nak cakap yang sekarang ni aku dah banyak lost contact dengan kawan kawan lama aku. Aku still pakai nombor lama tapi dia orang? Dia orang tukar nombor tak bagitahu aku pun. Sadis. Sekurang kurangnya bagi lah nombor kat aku. Kalau korang nak tau, aku tak pernah pun lupa korang. Aku sentiasa ingat. Aku rasa korang dah lupa aku kot. Yelah dah dapat ramai kawan baru kan. Mana nak ingat aku kat sini. Sekarang ni aku memang dah takde kawan baik. Kawan yang betul betul boleh dengar semua masalah aku. Yang boleh ada dengan aku bila aku senang atau susah. Serius aku dah tawar hati nak ada kawan. Biarlah aku tak ada kawan. Senang sikit. Tapi kadang kadang aku dah penat nak pendam semua ni. Pendam semua rasa yang aku tak puas hati. Aku cemburu bila ada orang yang ada kawan baik ni. Yang tak mengata kawan dia dari belakang. Mac...

"Biarlah gambar berbicara..."

Assalamualaikum...

My Crazy Tutor #6

"Remember when..." Bab 6 S eperti yang telah dijanjikan, Fayyad membawa Anis ke tempat pertama dia bertemu dengan Syaza iaitu di pantai Morib. Di situ, Fayyad menceritakan segala-galanya tentang hubungannya dengan Syaza kepada Anis. Dalam diam Anis cemburu dengan perwatakan Syaza. Perwatakan gadis itu sungguh berbeza dengannya. “Saya dah faham sekarang. Awak masih cintakan dia kan? Sebab tulah awak tak boleh nak lupakan dia sampai sekarang. Maaflah kalau saya cemburu dengan awak berdua.” Ujar Anis sambil bermain dengan pasir. “Tak apa.” “Tapi kan awak, baik awak lupakan je dia. Anggaplah Syaza tu sebagai kisah silam awak sebab kalau awak mengharap kat dia pun tak guna sebab dia dah pergi buat selama-lamanya. Awak kena selalu doakan roh dia tenang kat sana.” Kata Anis lalu mengusap bahu Fayyad. Air mata Fayyad mengalir. Anis cuba mengelap air mata itu dengan ibu jarinya. “Awak tak boleh macam ni Fayyad. Awak kena kuat. Saya tahu arwah mesti bahagia tengok awak...