Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2021

Suka skincare sejak muka breakout

Assalamualaikum hai semua yang belum tidur hihi Ira yakin tajuk ni semua orang pun berminat sebabnya dekat mana mana socmed pun semuanya suka bab bab skincare ni. Tipulah kalau korang tak suka skincare kan. Sekarang ni skincare is a must sebab muka kita ada satu je tau!  Malam ni Ira tak nak cakap banyak, cuma saja nak sharing... Ira takdelah pro pun macam influencer lain. Just sharing what I know and maybe product that I use now.  Sebenarnya Ira start breakout teruk tahun 2020. Hujung tahun 2019 tu pulak mula tumbuh kat muka jerawat yang sama sampai Ira sendiri rimas. Sebab muka Ira tak pernah pun tumbuh jerawat banyak tu. Dulu kalau nak tumbuh pun seketul dua je masa nak period lepastu dah hilang. Then jerawat pasir kat dahi itu je.  Sekarang ni jerawat tak nak kalah tumbuh sampai tinggalkan parut hitam kat muka. Banyak pulak tu. Tahun 2020 serious Ira cakap memang Ira fedup tengok muka sendiri. Sejak tu Ira banyak belajar kulit Ira ni perlukan apa sebenarnya?? Nanti ada masa Ira aka

Tak sia sia sesat kat mentari court

 4.14 pm Sabtu Sekarang ni cuaca panas betul. Dekat ofis pun bahang je walaupun bawah aircond. Lepastu meja Ira pulak betul2 depan tingkap. Tingkap tu kena bukak sebab musim covid an. Sabar jelah. Kena rajin reapply sunscreen ni hehe. Tak nak panjang berjela sekarang ni nak share pasal Ira pernah sesat kat mentari court dulu. Tak sia sia tau dulu gigih la nak pergi casting model kat leisure commerce square tu. Tu first time tau Ira pergi naik train sorang sorang. Sejak dari tu Ira dah pro naik train pegi sana sini.  Sekarang ni terfikir ada hikmahnya kenapa Allah bagi Ira susah sangat dulu. Sejak kejadian tu. Ira berani buat intern dekat sini. Sewa bilik kat mentari court. Masatu tu duduk dekat blok G. Yelah jalan kaki jauh nak pergi naik brt. Kalau korang pembaca setia blog Ira korang akan tahu perjalanan hidup Ira macam mana. Sekarang ni pun Ira menyewa dekat mentari court tapi block D la. Now jarang jarang je naik brt sebab dah ada motor sendiri. Alhamdulillah berkat kerja keras Ira

HILANGNYA SEORANG PENULIS PART TIME ~

 1.51am. Sabtu. Dah lewat sangat ni ra. Why tak tidur lagi? Saja nak berceloteh pagi pagi buta ni. Dapat laptop baru katakan huk huk... Btw, hai assalamualaikum semua! Sajalah  nak sambung hobi Ira yang dah terkandas bertahun lama dah. Masih lagi menulis tapi banyak sangat lost. Bukan apa tulis kat phone tak syok. Kena ada laptop baru semangat nak menulis berkarya macam dulu. Sekarang my bf hadiahkan laptop sempena birthday hehe. Thank you bae! Terharu sangat yelah lama kot tak pakai laptop. Masa belajar pun banyak habiskan masa kat library. Siapkan assignment guna pc situ. Kalau nak ikutkan Ira ni nak sangat sambung degree. Yelah Ira minat belajar. Takpelah sabar kerja dulu. Mana tahu ada rezeki tak kemana kan? Yang penting sekarang Ira nak berkarya balik. Ira kena banyak membaca karya karya dari penulis otai. Kalau tak lost teruk!  Dulu punyalah pasang impian nak jadi penulis nak hasilkan sebuah buku novel sendiri. Sekarang semua ke laut dalam sebabnya busy belajar. Takde laptop. Bus