Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

Pengalaman Internship di Mydin Subang Jaya (2020)

*Updated 27 Februari 2022 sebab baru ada masa hehe. Ni masa interview staff and buat induction hukhuk Assalamualaikum, Hai korang! Selamat petang semua 💕 Sihat ke? By the way sebenarnya Ira tengah kerja lagi ni ada lagi setengah jam nak balik. Ok, seperti yang dijanjikan Ira akan share pengalaman Ira sepanjang Ira buat internship dekat company mydin ni. Mesti korang tertanya tanya selama ni kan Ira buat intern apa, position apa... Sebab kat entry sebelum ni Ira tengah tunggu surat confirmation dari HQ. Pernah tau Ira terjumpa sorang pembaca blog Ira kat Mydin dan dia intern kat Mydin jugak! Dah habis dah kot. Sebab masatu Ira kerja cashier. Kerja cashier sebab nak cari duit untuk ambik transcript diploma Ira. Ira terkejut tau masa dia cakap dia pernah baca blog Ira pasal pengalaman intern kat company 3m tu. Terkejut laa betapa keciknya dunia ni sebab terjumpa pembaca blog hehe 😆 Dia ada cakap dia tunggu jugak bila Ira nak update pasal pengalaman intern kat mydin ni huhu. So tak nakla

Ira jatuh !

Assalamualaikum and Hai ! Sihat semua? So far alhamdulilah kaki Ira beransur pulih setelah 3 hari kaki terseliuh. Bukan terseliuh biasa tau ni sampai tak boleh jalan haa! Yang sedihnya Ira dah lama tak jatuh macam tu sampai orang awam dalam 3 orang tolong angkat Ira. Macam mana Ira boleh jatuh macam tu? Ramai ingat Ira jatuh motor. Tak! Ira dah siap parking motor dah kat tempat biasa lepastu nak turun bukit jalan kaki nak pergi masuk dalam apartment. Lepastu mungkin tersalah langkah bapp!! Ira terjatuh lepastu tercampak segala benda yang Ira pegang iaitu helmet dan parcel Ira. Memang tak boleh bangun masatu sebab dah terduduk. Kaki terlipat. Duduk lama sampai orang awam perasan Ira terduduk kat situ.  Lepastu tiga orang tu termasuk uncle cina maybe tolong angkat Ira jugak dia tolong tengok kaki Ira. Dia siap pusingkan kaki Ira. Ira cakap sakit bahagian tu.  Tak lama lepastu, Ira cakap takpelah Ira call someone yang boleh tolong Ira. Ira cukup berterima kasih kat dia orang sebab sanggup

Tulis Blog Guna Phone

Assalamualaikum and Hai ! Memandangkan harini Ira cuti Annual Leave, nak  share sikit pasal tulis blog kat dalam phone ni. Tak semudah yang disangkakan. Sebab apa tau, dekat phone tak boleh upload gambar. Bukan tak boleh, boleh upload macam biasa tapi bila bukak kat blog tak keluar pun gambar tu. Sedihnya! ðŸ˜Ē Baru excited nak berblogging balik. Nak share itu ini. Doakanlah seketul Ira dapat beli laptop dengan harga yang murah secepat mungkin aamiin ❤️ Takpe walaupun begitu, Ira akan update jugak blog yang dah lama berhabuk ni. Since sekolah kot main blog. Dulu kemain syok tak tidur malam sebab update blog ni. Sebab tu Ira jarang update facebook ke insta ke dulu. Sekarang dah busy kerja pulak. Online business lagi. Blog terbiar. Yelah Ira dulu masa laptop rosak, update blog kat pc orang. Lepastu guna android susah nak berblog huhu.  Now Ira akan slowly update and share tentang banyak benda yang Ira pendam selama ni cewahh!  Sekian dari saya 😋

Im back !

Assalamualaikum and Hai!  Setelah setahun Ira tak update dalam blog ni. Akhirnya dapat jugak taip entry baru menggunakan iPhone 6s Ira. Banyak benda nak share dengan korang ni. Dengan header tak tukar. Yelah dulu selalu update dekat pc library kolej je. Nak install apps blog ni pun kena bayar dalam RM12.90 tolak topup. So memandangkan dah kembali ni, mesti korang rindu nak dengar celoteh dari seketul Ira kan! ðŸĪŠ InsyaAllah Ira akan share dengan korang pengalaman intern dekat mydin subang jaya sebagai human resource aka hr 😘 Pengalaman kerja cashier kat situ jugak dan sekarang Ira bergelar........ Takpe tunggu next entry ❤️ Ehh tiber kdrama true beauty 😍 Baru lepas habis episode tak boleh moveon 😋