Assalamualaikum.... Holla semua! Maaflah Ira belum tidur lagi sebab nak share something yang Ira sangat sangat suka iaitu COKLAT JAR. Dari dulu sampai sekarang Ira memang kempunan sangat nak makan coklat ni. Ira duk usha coklat ni kat ig sampai kempunan. Tengok cara dia orang buat coklat tu kan. Perghhh. Bila kempunan sangat tu yang cari kat dapur mengatah milo lah. Milo campur oat lah. Hahahaha. Ira ada je duit nak beli benda tu tapi kadang sibuk sangat sampai lupa nak beli. Orang cakap buat lagi mual. Lagi puaslah bila makan sebab bila kita buat sendiri dapat hasil banyak berbading beli kat luar. Tengoklah tadi Ira makan kawan Ira punya coklat. Sedap punya pasal. Tapi first Ira lepaskan kempunan Ira time tengah jalan2 dengan neni kat pasar malam kolej lagenda terjumpa kedai yang jual coklat jar dan marshmellow bagai. Haa apa lagi terus cakap kat neni nak beli sebab dah tak tahan kempunan walaupun coklatnya kecik bekasnya macam bentuk dadih. Gambar tu Ira dah padam hmm
"Happiness will come easily if you always positive. Be yourself later you will know who are you. Learn to accept yourself..."