Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Pergi .

Assalamualaikum.... Al fatihah untuk arwah atuk Ira yang baru meninggal dunia pada 10 Januari 2017. Ira macam tak percaya yang arwah akan pergi meninggalkan kami. Tapi nak buat macam mana. Dah takdir. Ajal maut tu semua ketentuan Allah swt. Ira tak boleh terima yang arwah atuk meninggal dalam keadaan kemalangan macam tu. Langgar lari pulak tu. Allahu. Ira harap roh arwah atuk tenang kat sana. Semoga arwah atuk dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Insya-Allah aamiin. Yang pergi tetap akan pergi dan takkan kembali lagi. Kita yang hidup ni perlu teruskan hidup. Sentiasa kuatkan diri dan berusaha mendapatkan keredaan Allah swt. Azam Ira tahun ni nak jaga hubungan dengan Allah. Ira nak elakkan diri Ira dari terjebak dengan pergaulan bebas yang melampau dan gejala2 sosial yang tidak diingini. Hope dapatlah berubah.

Cari pengalaman

Assalamualaikum... Holla. Burung hantu ke? Eh taklah. Ira kerja malamlah. Hari ni last. Nanti esok dah cuti pastu khamis housekeeping balik. Sebut pasal housekeeping sebenarnya Ira nak siapkan novel Terlerai Janji Kita. Dalam novel tu Aarfa kerja as housekeeping. Insya-Allah kalau dah beli laptop baru nanti Ira ubah balik dari mula. Penatnya!!! Huhuhu. Kalau boleh Ira nak cari pengalaman dulu baru buat novel. Nak kumpul pengalaman banyak2! Nanti bila dah cukup, Ira sambung buat novel. Tak pun masa sambung belajar nanti Ira nak buat. Yelah kalau dah masuk u nanti kan, bukan hari2 ada kelas. So bolehlah buat. Ira harap sangat Ira dapat result yang membanggakan. Bolehlah Ira mohon upu. Hope impian Ira selama ni nak ke menara gading tercapai. Insya-Allah aamiin.

Cerpen : Cinta Bunga Mawar Merah

Aku sering menerima sejambak bunga mawar merah yang entah dari siapa pengirimnya aku pun tidak tahu. Menurut Lina yang merupakan jururawat di sini, penghantar bunga itu menyuruhnya tanda tangan saja lalu dia terus pergi. Kadang-kadang kalau aku tak ada dalam bilik, Lina hanya meletakkan saja di atas mejaku. Sudah dua tahun aku berkhidmat di sini sebagai doktor yang merawat pelbagai jenis penyakit. Aku ingat lagi pesan arwah ayah kalau nak berjaya kenalah banyak berusaha. Sebenarnya aku tak berapa minat untuk menjadi seorang doktor tapi demi arwah ayah aku terpaksa tunaikan juga. Bunga-bunga yang kuterima diletakkan di dalam bilik khas. Banyak juga bunga yang aku dapat. Aku kira semuanya ada dua puluh lebih sampai ibu aku bising kenapalah ada banyak bunga kat rumah ni. Aku sengaja menyuruh ibu tinggal bersamaku di Kuala Lumpur kerana aku tak mahu kehilangan ibu. Pada mulanya ibu menolak kerana tidak mahu meninggalkan kampung halaman. Pagi itu aku menerima sejambak bunga mawar mera

Cerpen : Impian Si Gadis Nakal

Suasana di kelas pagi tu sungguh tenang sekali. Ditemani bunyi kicauan burung. Biasalah sekolah di kampung memang sentiasa tenang. Tiada bangunan sana sini, asap debu dan sebagainya. Tetapi tidak bagi Naddy. Sejak awal lagi dia pindah ke kampung Sungai Merah, dia tidak suka. Menurutnya, dia benci jadi budak kampung. Sudah tiga bulan dia berada di dalam kelas 5 Akaun 1. Pelajar di dalam kelas itu amat tidak menyenangi kehadiran Naddy kerana gadis itu sering melenting apabila ditegur. Sudahlah suka membuli. Sedang dia mahu membuka fail peribadinya, Hidayah pantas merampasnya. “Kau kenapa nak rampas fail aku?” Getus Naddy. Pandangannya sinis sekali memandang ketua tingkatan di kelas itu. Naddy hairan dengan perangai Hidayah, naif sungguh. Walaupun dia sudah beberapa kali mahu menyakitkan hati Hidayah, Hidayah tetap mahu berbaik dengannya. Perempuan tak betul, desisnya. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun milik Naddy ditilik oleh Hidayah. Hidayah sungguh tidak menyangka ba

Cerpen : Rindu Di Jiwaku

Enjoy it :)  Sampul surat yang terletak di atas meja itu langsung tidak dibuka. Menurut ibu, sampul surat itu ada seseorang yang memberikannya semasa aku di luar negara. Ibu tidak mahu membukanya kerana mahu menunggu aku balik. Hatiku terdetik ingin membuka sampul surat tersebut namun ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali menghubungiku. Siapa ni? “Hello?” sapaku dalam talian. Tiada suara yang menyahut. Aku pantas mematikan talian. Dah dua tiga kali cakap hello tak ada yang menyahut baik aku matikan, omelku sendirian. Aku terpandangkan bingkai gambar di atas meja. Gambarku bersama teman lelaki aku dulu. Serta-merta aku teringat kenangan-kenangan yang pernah kami cipta dulu. Tapi malangnya aku terpaksa melanjutkan pelajaranku di Hong Kong. Dah dapat biasiswa belajar kat sana, pergi jelah. Takkan nak tolak. Dulu semasa kami bercinta, aku jarang bertemu dengannya. Paling tak pun, empat bulan sekali atau tak bertemu langsung. Hanya berbalas whatsapp saja. Kadang-kad