Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

FROG VLE

Assalamualaikum... Holla gais! Jarang dapat on lappy kat sekolah. Time add math tiba tiba cikgu bawak kita orang gi bilik komputer. Seronok hahaha. Sebenarnya aku rasa motif pegi sini sebab nak login frog vle. Yeke? Aku tengok ramai ke lain >< Ada yang bukak youtube lah bagai... So apa lagi aku gunakan lah peluang ni untuk bukak blog. Update kejap. Kalau nak update kat rumah jangan harap... Fuh pening pulak kepala aku ni haih... Nasib badanlah

Sakit Kepala Berterusan

Assalamualaikum... Ya Allah, kenapa setiap hari kepala aku sakit? Kadang kadang tak boleh nak bukak mata pun. Sakit tu sampai ke kening, hidung, mulut, pipi... Boleh dikatakan seluruh muka aku ni sakit. Berdenyut denyut pulak tu. Start tahun ni lah kepala aku sakit teruk. Nak kata aku stres sangat adalah jugak. Tahun lepas pun stres jugak. Tapi takdelah teruk sangat macam tahun ni. Aku banyak buat searching kat google pasal sakit kepala aku yang berterusan ni. Sakit kepala aku ni nama dia sakit kepala kluster, mungkin disebabkan tumor. Ya Allah, janganlah aku ada ketumbuhan ke tumor semua tu. Aku takut sangat. Dahlah aku ada penyakit darah yang serious Talasemia. Penyakit tu sebenarnya takdelah effect apa apa pun. Cuma effect bila dah  kahwin je. Kenalah pilih suami yang takde Talasemia. Mak aku cakap jangan fikir sangat sakit kepala tu. Memanglah aku tak nak fikir. Tapi dah makin lama makin sakit, aku pun tak tahan. Nak buat homework tak boleh nak berfikir. Kadang kepal

Management & Science University (MSU)

Assalamualaikum... Selamat tengah hari! Before I'm finish my homework, let talk about the superb university, MSU. What MSU? MSU is Management & Science University that I visit on 30 May 2016. Ira akui siapa masuk U ni mesti jadi famous. Bukan apa, MSU ni selalu jadi pengambaran tv hehe. So, Ira nak share pengalaman Ira sepanjang melawat U ni. Untuk pengetahuan korang, MSU ni U swasta tau. Kalau nak masuk sini, kena bayarlah. Tak silap Ira, ada jugak biasiswa yang ditawarkan. Apa yang Ira dengar spm kena banyak A jugak kalau nak ambik bidang sains. Lebih kurang RM 60 ribu ringgit kot semata mata nak belajar course yang kita ambik tu. Yang course lain tu Ira tak taulah. If korang nak tahu lebih lanjut, bolehlah tengok laman rasmi MSU sendiri. Nah  laman rasmi MSU  ..... Apa yang menarik tentang MSU ni ialah bangunan dia besar. Sumpah bangunan dia cantik then kalau first time datang sini confirm sesat. Ira sendiri pernah sesat tau huhu. Time bas nak masuk ke MSU...

Serba serbi simple

Assalamualaikum... Maaf semua, sebab aku dah lama tak bahasakan diri aku dengan nama Ira. Maaf juga sebab bahasakan diri dengan 'aku'... Bila agaknya aku nak buat spec ek? Mata dah rabun tahap gaban ni. Tu spec siapa pulak? Spec kawan akulah Mira hahaha. Saja nak selfie dengan spec tu.  Kalau korang nak tahu, aku ni serba serbi simple. Tak kisah pakai apa pun asalkan bergaya! Aku tak pandai nak dress up tapi sekali aku dress up, tak ingat dunia! Mekap? Gincu? Eye liner? Celak...? Aku tak minat pakai semua tu sekarang. Tunggulah satu hari nanti dah betul betul berduit barulah teringin nak pakai. Buat masa sekarang huduh kot kalau aku pakai semua tu. Nampak macam pondan sesat.... So, itulah salah satunya ciri ciri diri aku yang korang kena tahu. Serba serbi simple. Simple! Natural! Be myself... Tak perlu ikut cara orang. Cukuplah kita ikut cara kita sendiri. Lagi bagus.

My birthday all pink !

Assalamualaikum... Morning gais. Saja nak post pasal birthday hari ni. Agak agak kenapa aku post pasal benda ni hari ni? Bangun tidur je terdetik nak post pasal birthday. Aku besyukur kalau Allah swt masih panjangkan umur aku bila menjelang hari jadi aku. Birthday or hari jadi aku jatuh pada hari raya ke 23. Dah nak habis raya dah pun. Bila tu? 28 JULAI 2016. Tarikh lahir aku 28 JULAI 1999. Sebenarnya tak ramai pun yang tahu birthday aku ni bila. Kalau aku cakap pun, bukan ada orang ingat pun. Nak tunggu aku ingatkan barulah ingat. Aku peliklah kadang kadang. Kenapalah orang lain senang aje ingat birthday bff dia macam aku ni. Tapi orang tak pernah pun nak ingat birthday aku. Aku pun teringin jugak nak orang buat surprise untuk hari jadi aku. Bilalah ek. Teringin sangat. Hmm... Nak harap kan kawan kawan aku? Hampeh. Semua lupa daratan aje. Siap unfollow aku lagi kat insta. Aku ni tak pernah terfikir pun nak unfollow dia kat insta or mana mana laman sosial. Yalah, dah berjaya du

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum... Ramai orang cakap kalau aku belajar betul betul aku jadi orang. Maksud jadi orang kat situ mungkin aku akan berjaya satu hari nanti. Itulah azam aku selama ni. Kalau aku berjaya, dapat kerja bagus aku nak tolong mak ayah aku. Tapi tak semestinya kita belajar ke menara gading tu semua dapat kerja bagus. Kadang dengan spm pun boleh berjaya. Ye eh? Ada cikgu cakap sekarang orang dah tak pakai spm lagi dah. Habis tu? Nak belajar sampai PHD? Insya-Allah kalau ada rezeki lebih. Tak paksa. Aku tak takut spm. Tapi apa yang aku takut sekarang ialah keadaan. Keadaan yang memaksa aku jadi macam ni. Kadang aku nak study. Tapi tak ada mood. Mood ke laut dalam mana entah. Nak study ni kena istiqamah betul betul. Kalau tak istiqamah, dengan kau kau masuk ke laut tu haha. Haa itulah yang paling takut tu. Kalau aku leka dengan phone, lappy semua ni nanti aku terpesong. Dengan kepala ni haa selalu sakit entah kenapa. Aku risau sangat dengan keadaan aku sekarang. Ris

Tutorial : Ayam Adobo (Filipina)

Assalamualaikum... Holla gais! Dalam bulan puasa ni mesti teringin nak cuba masak pelbagai juadah kan? Haha lagi lagi juadah yang istimewa macam ayam adobo ni. Pernah dengar tak? Ira pun first time dengar ayam adobo masakan filipina ni. Padahal ayam masak kicap je pun. Cuma dia lain sikit. Ira tahu resepi ni dari drama bibik bibikku hahaha. So nak cuba buat tak? Jom... Bahan - bahan : 300g - 400g ayam  1 cawan cuka 3/4 cawan kicap (saya guna kicap lemak manis Jalen je. Bukan kicap pekat, bukan kicap cair.)  1/2 labu bawang putih (asingkan, titik dan buang kulitnya) 1 - 2 sudu teh lada hitam biji - Tidak perlu ditumbuk/dihancurkan kerana kita mahu rasa lada hitam yang tidak terlalu kuat. Just nice. 2 - 3 keping daun salam. Garam (jika perlu) Sedikit minyak untuk menggoreng ayam. Cara cara :  Bersihkan ayam. Perap ayam bersama cuka, kicap, lada hitam, bawang putih (jangan lupa titik/tumbuk dulu untuk keluarkan rasa garlicky-nya) dan daun salam. Ada ya

Bulan Ramadhan dan Aku

Assalamualaikum... Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan ramadhan. Esok pagi dah kena bersahur! Aku macam tak percaya aje dengan dunia sekarang. Cepat betul masa berlalu. Tengok tengok dah pertengahan bulan. See? Nampak tak yang aku ni semakin tua... Haha. So sekarang orang dah start pergi terawih. Aku je sibuk update blog kat rumah. Hmm.  Bukan apa. Aku risau sangat sekarang ni. Dengan period tak teratur. Kalau masuk bulan Jun ni, dah 3 bulan  dah aku tak period. Aku banyak kali jugaklah buat searching kat google sebab apa aku tak period lama bebenor ni. Siapa tak risau wehh. Dulu tak period sebulan, sebulan lagi tu dah keluar dah. Sekarang ni makin tak teratur pulak dah. Ya Allah, apa dah jadi dengan aku sebenarnya? Dah lah tadi aku solat zuhur sampai rakaat ketiga je lepas tu berhenti. Mati matilah aku ingat dah keluar. Serius blood tu dah nak keluar. Tengok tengok tak ada. Punyalah sakit hati aku der. Maaf entry aku kali ni bahasa kureng sikit. Aku takde mood sebenarnya. S