Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Throwback kenangan di Bandar Singa

Assalamualaikum... Gais, perasan tak Ira lupa nak share dengan korang tentang sesuatu? Cuba teka apa? Haa, kali ni Ira nak throwback kenangan Ira di Bandar Singa. Mesti korang tertanya tanya kan... Apa benda minah ni, tetiba pulak pergi Bandar Singa... Bandar Singa tu Singapura lah! Hehe. Kali pertama Ira pergi melancong ke luar negara ni. Bangga beb! Sebenarnya tarikh Ira melancong ke Singapura ialah 1 April 2015 sampai 3 Mei 2016. 3 hari 2 malam. Maknanya dah setahun lebih dah kenangan ni. Baru nak update kat blog. Huhu. Apa yang Ira boleh cerita kat sini negara Singapura ni banyak bangunan yang tinggi tinggi. Bentuk bangunannya pun unik tau. Terutamanya Marina Bay Hotel. Ira tak tipu tau. Kalau tak percaya jom tengok gambar gambar yang Ira tangkap sendiri ni... Ini dia Marina Bay Hotel! Kat atas tu ada kolam renang tau. Ira teringin sangat nak booking hotel ni. Cehh tunggulah satu hari nanti. Bayaran dia mak oii... Ira lupa bayaran dia berapa. Boleh tengok kat google e

Anugerah Pilihan Pembaca

Assalamualaikum... Apa tu Anugerah Pilihan Pembaca? Sebenarnya macam ni, Ira tengah cari idea untuk buat cadangan kerja kursus akaun Ira. Ira sajalah bukak emel nak tengok ada apa apa yang menarik masuk kat emel kan. Tengok tengok Popular yang bagi emel suruh undi. Hehehe. Biasalah kalau korang tengok Popular memang rajin bagi emel kat Ira. Siapa yang jadi ahli lah... Tengok, kan dah cakap Popular memang rajin bagi emel.  Bila bukak je emel tu keluar lah macam ni. Apa lagi? Klik di sini lah! Itulah tujuan Ira share ni. Sebab hari ni last nak undi pembaca pilihan korang! Tunggu apa lagi? Pergi undi laju laju sebelum penyertaan ditutup.  Bukan senang nak dapat hadiah. Ira pun cuba nasib aje. Tadaa! Tick 3 buku yang korang minat. Finally, isi borang yang dia bagi ni. Boleh dapat kan borang di kedai buku popular yang berdekatan korang :P  Then tekan undi  yang warna merah tu. Lepas tu three! Ceh takdelah. Nanti dia akan keluar terima kasih kerana mengundi.

Nuffnang !

Assalamualaikum gais... Sadis bila tengok earning baru RM 14.55. Bila nak naik? Huhu. Ira nak jugak rasa duit dari nuffnang hasil dari traffic blog Ira. Agaknya bilalah... Dari dulu tak naik naik. Yalah, siapa suruh tak aktif. Kan dah kena. Total view pun dah makin kurang. Ira harap lepas ni, Ira nak aktif balik berblogging. Sebelum spm, Ira nak bukak blog puas puas. Ada pulak macam tu? Patutnya lepas spm baru layan blog kan. Takpelah, tengok keadaan lah macam mana. Sama ada nak bukak blog atau struggle nak study. Mid year dah nak dekat. Doakan Ira eh :) *Harap traffic blog pun meningkat. Ceh! Result bagus, blog pun makin gempak... Muahahaha

Video Game !

Assalamualaikum gais... Selamat malam! Sebenarnya hari ni Ira nak share pasal video game yang dicipta khas dari classmate Ira iaitu Ijan. Sumpah Ira cakap, bila tengok video yang dia buat macam mat salleh yang buat. Taraf barat gitu. Bangga mak ayah dia. Ira tak tipu ni. Cuba tengok ni... Banyak pulak tu video berkenaan game yang dia main. Kalaulah Ira boleh jadi macam dia ni. Haha. Kalau Ijan boleh buat video yang hebat macam tu why not Ira buat blog gempak kan? Hohoho. Ni lah salah satu contoh video yang dicipta :

Antara rupa dan hati, mana satu yang penting?

Assalamualaikum... Kesian blog ni. Asyik diabaikan jek. Tengoklah siapa tuan punya blog ni. Pemalas nak update blog. Apa apa pun still nak bukak blog jugak kan? Bila ada kerja berkenaan dengan internet, tangan terus laju nak bukak new tab then update... Ira tak tipu sebenarnya bulan april dengan bulan mei nanti masa Ira padat betul. Tengoklah bila Ira list kan semua kerja yang patut buat. Memang banyak oh! Dengan kerja kursus akaun lagi, kena buat dalam masa sebulan! Then oral untuk english dan tambah lagi dengan homework yang bertimbun. Takpelah tahun last kenalah banyak berkorban sikit. Walaupun kadang kadang stres jugak bila fikir pasal semua kerja ni. Macam tak cukup cuti dua hari ni. Lepas tu Ira risau pasal mid year exam nanti. Ya Allah, banyak betul kerja... Chill! Ok kita berbalik pada tajuk post hari ni. Antara rupa dan hati, mana satu yang penting? Haa, jawab cepat! Lagipun korang dah lama tak komen kat blog Ira en. Sampai hati... Bagi Ira, dua dua penting. T